mewangi dengan haruman genangan darah
Para syahid juga syuhada',
Bumi jihad itu masih lagi belum sunyi,
daripada bedilan Apatche,
yang dahulunya telah membunuh As-Syahid Ahmad Yaseen,
INTIFADHAH!!
Tika pemuda Palestin sibuk mempertahankan
tanah air yang gersang,
Pemuda Malaysia masih lagi asyik
dengan khayalan dunia sementara,
Saat pemuda Palestin begitu kental..
mempertahankan maruah dan harga diri,
Pemuda Malaysia makin ramai melahirkan anak luar nikah,
Sedarlah duhai saudaraku di Malaysia,
Allah mengurniakanmu nikmat,
MENGAPA membalasnya dengan MAKSIAT?
Masalah penjajahan Baitul Maqdis
bukannya masalah orang Arab sahaja,
Makah bukan juga masalah penduduk Palestin,
Namun, ia juga masalah kita di Malaysia,
Bahkan masalah seluruh umat Islam serata dunia,
kerana ia berkait dengan AKIDAH kita,
Ayuh bersama kita berjuang,
menyelamatkan Bumi Palestin...
Teruskan berjuang, duhai rakyat Palestin,
Teruskan wahai HAMAS,
Teruskan Briged al-Qassam,
Berjuang itu pahit kerana syurga itu manis..
Insyaallah,
Bumi jihad Palestin,
akan menyaksikan kebangkitan kali kedua..
*Teruskan menyumbang dan berdoa kepada sahabat-sahabat di Palestin









0 comments:
Post a Comment