Saturday, 22 June 2013

WaRKaH untuk BuMi JiHaD

Tanah Palestin masih lagi basah,
mewangi dengan haruman genangan darah
Para syahid juga syuhada',
Bumi jihad itu masih lagi belum sunyi,
daripada bedilan Apatche,
yang dahulunya telah membunuh As-Syahid Ahmad Yaseen,
INTIFADHAH!!

Tika pemuda Palestin sibuk mempertahankan
tanah air yang gersang,
Pemuda Malaysia masih lagi asyik
dengan khayalan dunia sementara,
Saat pemuda Palestin begitu kental..
mempertahankan maruah dan harga diri,
Pemuda Malaysia makin ramai melahirkan anak luar nikah,
Sedarlah duhai saudaraku di Malaysia,
Allah mengurniakanmu nikmat,
MENGAPA membalasnya dengan MAKSIAT?

Masalah penjajahan Baitul Maqdis
bukannya masalah orang Arab sahaja,
Makah bukan juga masalah penduduk Palestin,
Namun, ia juga masalah kita di Malaysia,
Bahkan masalah seluruh umat Islam serata dunia,
kerana ia berkait dengan AKIDAH kita,

Ayuh bersama kita berjuang,
menyelamatkan Bumi Palestin...
Teruskan berjuang, duhai rakyat Palestin,
Teruskan wahai HAMAS,
Teruskan Briged al-Qassam,
Berjuang itu pahit kerana syurga itu manis..
Insyaallah,
Bumi jihad Palestin,
akan menyaksikan kebangkitan kali kedua..

 *Teruskan menyumbang dan berdoa kepada sahabat-sahabat di Palestin

                                                    
        
                                              

                       

Friday, 14 June 2013

SeMbELiHaN...


Agak lama gak eaa tak update blog kelas nii... Hah, kali ini admin berkesempatan untuk mengupdate blog setelah selesai beberapa aktiviti yang kami sekelas lalui. Antaranya, aktiviti inilah iaitu Sembelihan =)

Untuk melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana kami semua melaksanakan aktiviti ini.. Jom! Kita tengok dulu gambar ini yerrr...


ayam-ayam yang bakal disembelih (sekarang nii dah da dalam perut) hampir menjadi darah daging..haha





Penerangan dari Ustaz Somad (adik ustazah Nazrah) =)