Hari Pertama
Semua peserta yang terlibat berkumpul di hadapan Bangunan Gerko bermula seawal jam 12 tengah hari untuk memunggah barang ke dalam bas. Hanya sebuah bas IPDA yang ditempah yang cukup-cukup untuk memuatkan semua peserta. Bilangan peserta yang mengikuti lawatan ke Sedim ialah seramai 19 orang termasuk seorang mentor iaitu Ustazah Fadzliah.
Bas mulai bergerak tepat pada pukul 1 petang dan
perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Sekitar jam 3 petang, bas
IPDA tiba di perkarangan Sedim Vista yakni tempat penginapan bagi
semua peserta. Sedim Vista menyediakan chalet-chalet pada harga yang berpatutan
dan ia terletak bersebelahan anak Sungai Sedim iaitu Sungai Riyau.
Sebaik
sahaja tiba, kami menerima kunjungan pemilik Sedim Vista dan pembantu-pembantunya.
Mereka menerima kunjungan kami dengan tangan yang terbuka dan bersedia memberi
perkhidmatan yang terbaik. Kami juga ditunjukkan chalet-chalet untuk peserta
lelaki dan perempuan. Bagi peserta lelaki, 2 chalet disediakan manakala bagi
perempuan hanya sebuah sahaja disediakan.
Kami juga
turut ditunjukkan tentang kemudahan yang terdapat di sana seperti sebuah dewan
terbuka yang berfungsi sebagai surau, tandas, padang permainan, dan juga tempat
untuk melakukan aktiviti ‘indoor games’. Setelah itu, semua peserta mulai
menguruskan diri untuk menyiapkan makan malam dan solat. Pada malamnya, kami
semua berkunjung ke rumah salah seorang rakan kami iaitu Aidil Hakim Bin
Suhaimee untuk makan malam. Keluarga Aidil sangat mengalu-alukan kedatangan kami.
Rumahnya terletak kira-kira 5 km dari Sedim Vista. Sebaik sahaja pulang ke
Sedim Vista, semua peserta pun mulai tidur di chalet masing-masing.
Hari Kedua
Solat subuh diimamkan Mohamad Zahier dan selepas itu tazkirah disampaikan oleh Mohamad Rihaz. Tajuk tazkirah pada pagi itu adalah tentang kerjaya sebagai seorang guru. semua pelatih mulai menyiapkan sarapan pagi. Sarapan pada pagi tersebut ialah nasi goreng berserta air teh. Tukang masaknya ialah Ustazah Fazliah sendiri dibantu oleh muslimat. Setelah itu, semua peserta berkumpul di hadapan chalet untuk mendengar taklimat tentang aktiviti water tubing. Abang Idham, seorang jurulatih dari Sedim Vista didatangkan khas untuk memimpin aktiviti tersebut.
Basuh bersih2..
Basuh bersih2..
Perjalanan ke tempat permulaan water tubing agak jauh kira-kira 500 meter. Setelah tiba di tempat tersebut, kami diberi taklimat ringkas oleh Abang Idham. Kami difahamkan bahawa sebelum memulakan aktiviti water tubing itu, semua peserta hendaklah menjalani ‘water confident’ terlebih dahulu supaya tidak panik ketika berada dalam air. Setelah itu, semua peserta mengambil pelampung masing-masing dan bergerak ke tempat permulaan water tubing. Tiba sahaja di sana, semua peserta dikehendaki terjun ke dalam Sungai Sedim. Macam-macam gelagat dapat dilihat sewaktu aktiviti ini dijalankan antaranya ada peserta yang gelabah sewaktu hendak terjun.
Selesai sahaja aktiviti tersebut, maka bermulalah aktiviti water tubing. Kami dikehendaki untuk duduk di atas pelampung tersebut dan membiarkannya dibawa arus Sungai Sedim. Sepanjang perjalanan, banyak halangan terpaksa dilalui antaranya pusaran air yang kuat, batu-batu sungai yang tajam dan juga ranting-ranting pokok yang menghalang perjalanan pelampung kami. Ada juga peserta yang terjatuh dari pelampung kerana dipukul arus deras. Aktiviti ini berakhir kira-kira pukul 11 pagi.
Hari ketiga
Selesai solat Subuh dan sarapan, kami berkumpul bagi meneruskan aktiviti seterusnya..Jeng2.. abg.Idham memberi taklimat berkaitan jungle trakking. Perjalanan jungle trekking mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan, kami menghadapi pelbagai rintangan seperti jalan becah, bukit yang curam dan juga serangan pacat. Namun begitu, itu semua tidak mematahkan semangat kami.
Red and Blue team's
Di pertengahan perjalanan jungle trekking, kami dapat menikmati pemandangan air terjun Sedim yang sangat indah dan memukau pandangan. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kawasan air terjun tersebut. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan kami ke kawasan tree top walk. Perjalanan ke sana agak jauh kira-kira 3 km daripada kawasan air terjun.
Bergambar sblm naik Tree Top Walk
Bergambar sblm naik Tree Top Walk
Sampai sahaja di tree top walk, kami mendengar
taklimat terlebih dahulu daripada pengurusnya tentang sejarah tempat tersebut.
Katanya, tempat tersebut dibangunkan atas saranan mantan perdana menteri
Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pemandangan di atas tree top walk
sangat indah dan memukau. Sekitar jam 12 tengah hari, kami pun pulang ke Sedim
Vista. Kami mulai bertolak pulang ke IPDA sekitar jam 1 petang dan tiba sekitar
jam 3 petang












0 comments:
Post a Comment