Saturday, 23 February 2013

Kem Smart Ibadah (Siri 1)

 Assalamualaikum semua...

Tanggal 23/02/2013, kelas Pendidikan Islam 1 mengadakan "Kem Smart Ibadah". Kem ini secara keseluruhan dikendalikan oleh rakan-rakan seperjuangan kelas ini. Disertai 82 orang peserta yang terdiri dari anak-anak Pensyarah & Staf IPG Kampus Darulaman. Dalam menjayakan kem ini, pelbagai rintangan dan halangan yang telah kami tempuh untuk menjayakan kem ini. Antaranya....
Jeng.. Jeng.. Jeng..


 Meeting oh meeting...
tulah cabaran kami yang pertama...biase laa kan, bukan semua orang suka meeting. Kadang2 sibuk jugak dengan hal-hal lain yang berkaitan dengan esaimen, ISL dan lain-lain lah.
* malas nk sebut kat sini :p

Kat atas niii, ni lah pengarah projek "Kem Smart Ibadah".
Ada gaya tak???..hihi


 
 Kawan-kawan kelas sampai jemu laa bila dengaq meeting nii.
Tengok tuu..
Rihaz, Nashitah, Aisah & Mar sampai menongkat dagu...hehe
Nak melawan tak berani.
Tapi, demi menjayakan kem nii mereka setia mendengar segala arahan bagi menjayakan program ini. Tahniah yer!!!



 

 
Yang paling tak suka meeting, nii hah.. Husaini Hisham, Ketua Kelas kami. Sampai nak celik mata pon tak mau dah kan..hahaha
Kuasa sbg ketua kelas hilang buat sementara waktu.
Tapi dalam keadaan tutup mata pon, telinga setia mendengar..kan husaini kan..

yang nii meeting kali ke brapa tak tau laaa...


sama laa jugak macam nii pon, meeting kali ke brapa pon xtau...


TETAPI......


SEBELUM NAK AJAR ANAK ORANG.....
mesti lah kena mengetahui selok belok dulu...
jangan main terpa jer...betol tak??


inilah tazkirah/kelas yang diberikan oleh kami sekelas.
disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Mohd Zakir
Pensyarah JAPIM IPG Kampus Darulaman


nak tengok dengan lebih jelas...
inilah wajah Ustaz Mohd Zakir..
ustaz inilah yang membimbing kami sekelas sebelum bermualanya "Kem Smart Ibadah"


tekunnya pelajar muslimat....


eyt buat rajin plakkkkk...



sekian sahaja untuk entri kali ini..enti-entri lain akan diupdate pada masa-masa yang akan datang.
insyaallah..:)













Thursday, 14 February 2013


REHLAH MAHABBAH DI SEDIM


Hari Pertama

Semua peserta yang terlibat berkumpul di hadapan Bangunan Gerko  bermula seawal jam 12 tengah hari untuk memunggah barang ke dalam bas. Hanya sebuah bas IPDA yang ditempah yang cukup-cukup untuk memuatkan semua peserta. Bilangan peserta yang mengikuti lawatan ke Sedim ialah seramai 19 orang termasuk seorang mentor iaitu Ustazah Fadzliah.


  Bas mulai bergerak tepat pada pukul 1 petang dan perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Sekitar jam 3 petang, bas IPDA  tiba di perkarangan Sedim Vista yakni tempat penginapan bagi semua peserta. Sedim Vista menyediakan chalet-chalet pada harga yang berpatutan dan ia terletak bersebelahan anak Sungai Sedim iaitu Sungai Riyau. 


                                    
   Sebaik sahaja tiba, kami menerima kunjungan pemilik Sedim Vista dan pembantu-pembantunya. Mereka menerima kunjungan kami dengan tangan yang terbuka dan bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik. Kami juga ditunjukkan chalet-chalet untuk peserta lelaki dan perempuan. Bagi peserta lelaki, 2 chalet disediakan manakala bagi perempuan hanya sebuah sahaja disediakan.

                                                            Ni chalet kami..Mewah..

    Kami juga turut ditunjukkan tentang kemudahan yang terdapat di sana seperti sebuah dewan terbuka yang berfungsi sebagai surau, tandas, padang permainan, dan juga tempat untuk melakukan aktiviti ‘indoor games’. Setelah itu, semua peserta mulai menguruskan diri untuk menyiapkan makan malam dan solat. Pada malamnya, kami semua berkunjung ke rumah salah seorang rakan kami iaitu Aidil Hakim Bin Suhaimee untuk makan malam. Keluarga Aidil sangat mengalu-alukan kedatangan kami. Rumahnya terletak kira-kira 5 km dari Sedim Vista. Sebaik sahaja pulang ke Sedim Vista, semua peserta pun mulai tidur di chalet masing-masing.

  

 Hari Kedua


Solat subuh diimamkan Mohamad Zahier dan selepas itu tazkirah disampaikan oleh Mohamad Rihaz.  Tajuk tazkirah pada pagi itu adalah tentang kerjaya sebagai seorang guru. semua pelatih mulai menyiapkan sarapan pagi. Sarapan pada pagi tersebut ialah nasi goreng berserta air teh. Tukang masaknya ialah Ustazah Fazliah sendiri dibantu oleh muslimat. Setelah itu, semua peserta berkumpul di hadapan chalet untuk mendengar taklimat tentang aktiviti water tubing. Abang Idham, seorang jurulatih dari Sedim Vista didatangkan khas untuk memimpin aktiviti tersebut. 

                                                   Basuh bersih2..
  
    Perjalanan ke tempat permulaan water tubing agak jauh kira-kira 500 meter. Setelah tiba di tempat tersebut, kami diberi taklimat ringkas oleh Abang Idham. Kami difahamkan bahawa sebelum memulakan aktiviti water tubing itu, semua peserta hendaklah menjalani ‘water confident’ terlebih dahulu supaya tidak panik ketika berada dalam air. Setelah itu, semua peserta mengambil pelampung masing-masing dan bergerak ke tempat permulaan water tubing. Tiba sahaja di sana, semua peserta dikehendaki terjun ke dalam Sungai Sedim. Macam-macam gelagat dapat dilihat sewaktu aktiviti ini dijalankan antaranya ada peserta yang gelabah sewaktu hendak terjun.
      
  Selesai sahaja aktiviti tersebut, maka bermulalah aktiviti water tubing. Kami dikehendaki untuk duduk di atas pelampung tersebut dan membiarkannya dibawa arus Sungai Sedim. Sepanjang perjalanan, banyak halangan terpaksa dilalui antaranya pusaran air yang kuat, batu-batu sungai yang tajam dan juga ranting-ranting pokok yang menghalang perjalanan pelampung kami. Ada juga peserta yang terjatuh dari pelampung kerana dipukul arus deras. Aktiviti ini berakhir kira-kira pukul 11 pagi.

                                    

Hari ketiga

Selesai solat Subuh dan sarapan, kami berkumpul bagi meneruskan aktiviti seterusnya..Jeng2.. abg.Idham memberi taklimat berkaitan jungle trakking. Perjalanan jungle trekking mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan, kami menghadapi pelbagai rintangan seperti jalan becah, bukit yang curam dan juga serangan pacat. Namun begitu, itu semua tidak mematahkan semangat kami. 

Red and Blue team's

    Di pertengahan perjalanan jungle trekking, kami dapat menikmati pemandangan air terjun Sedim yang sangat indah dan memukau pandangan. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kawasan air terjun tersebut. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan kami ke kawasan tree top walk. Perjalanan ke sana agak jauh kira-kira 3 km daripada kawasan air terjun.

                                     Bergambar sblm naik Tree Top Walk

   Sampai sahaja di tree top walk, kami mendengar taklimat terlebih dahulu daripada pengurusnya tentang sejarah tempat tersebut. Katanya, tempat tersebut dibangunkan atas saranan mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pemandangan di atas tree top walk sangat indah dan memukau. Sekitar jam 12 tengah hari, kami pun pulang ke Sedim Vista. Kami mulai bertolak pulang ke IPDA sekitar jam 1 petang dan tiba sekitar jam 3 petang